As salam wbt,
Sepatutnya,
Geng2 COMANGO sepatutnya memperjuangkan hak asasi manusia berlandaskan FITRAH MANUSIA. Bukan soal LGBT yang perlu diperjuangkan konon-kononnya itulah hak individu. Sekiranya COMANGO memperjuangkan hak kebebasan beragama, isu Cikgu Mualaf dipaksa buka tudung kenapa tidak dibela? Itu salah satu idea ISMA yang Cik Mai setuju sangat.
Ok,
Kes Ibu Bapa direman di Sweden pula, Cik Mai wonder jugaklah... kenapa dah hampir sebulan kes ni belaku, baru disiarkan di media-media arus perdana? Well, takkan berita berkisarkan politik je? Tak penting ke nasib warga Malaysia ni? Hurmm...
Tengok Buletin Utama pulak, Kes DSAI tak boleh masuk Jepun nampaknya lebih hangat daripada kes warga Malaysia di Sweden ni. Wallaweh, pehal nak kecoh-kecoh... DSAI tak boleh masuk Jepun lebih penting ke daripada nasib anak-anak warga Malaysia yang dijaga oleh keluarga angkat di Sweden?
Malaysia, kenapa mesti macam ni? Sudah sampai masanya kita keluar daripada kepompong pemikiran fanatik politik dan berpijak di bumi yang nyata. Kemanusiaan dan Hak Asasi Manusia yang berlandaskan fitrah perlu diutamakan, bukan perjuangan parti politik!
Enough membebel.
Semoga Malaysia berubah, kata nak maju tahun 2020, sekarang dah 2014, takkan mentaliti kolot masih bersarang, kan?
Sekian, Cik Mai.