BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 30, 2013

Penjara bukan Penamat Pengaruh

As salam wbt

Pernah dengar tak Madrasah Yusuf?
Mungkin kita ingat madrasah ni cuma nama Madrasah je kot? Hoho...
Sebenarnya istilah "Madrasah Yusuf" ni merujuk pada Penjara.
Kenapa penjara?
Kerana Nabi Yusuf pernah dipenjara dan ketika dalam penjara itulah Nabi Yusuf mentarbiah dirinya.

Cuba lihat tokoh-tokoh di bawah ni... seandainya kita mengenali mereka...

Badiuzzaman Said Nursi (Turki)
Dr Aidh Abdullah Al-Qarni (Penulis Bestseller 'La Tahzan')

Dr Mohamed Morsi (Presiden Mesir)

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Malaysia)

Apakah persamaan mereka semua?
Tokoh-tokoh inilah yang pernah dipenjara tetapi, lihatlah, adakah pengaruh mereka semakin berkurangan?
Tidak sama sekali, bahkan pengaruh mereka tidak pupus tetapi terus meningkat...

Badiuzzaman Said Nursi, beliau ialah seorang ulama' di Turki ketika pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah berakhir dan diganti dengan sistem sekularisme yang semakin menular di urki. Tetapi, apa yang mengejutkan, walaupun beliau ditahan di penjara yang sangat terasing daripada dunia luar, pengaruhnya masih berjalan... 

Dalam penjaralah, dia mengkhatamkan beberapa buah kitab & menyebarkan risalahnya....
Cik Mai tak berapa ingatlah pasal fakta tentang tokoh ni cuma sikit-sikit je...

Ok, sekarang nak cerita pasal Dr Aidh Abdullah Al-Qarni pula...
Mungkin ramai yang kenal dengan buku "Jangan Bersedih (La Tahzan)"...
Tahukah anda? Buku ini ditulis ketika beliau dalam tahanan penjara...

Hebat bukan? Sepatutnya,  motivasinya semakin menurun kerana tekanan dalam penjara tetapi bukan perkara itu yang berlaku, malah dia yang memberi motivasi buat orang di luar penjara~

Tak perlulah diperkenalkan lagi Dr Morsi & DSAI... kita sendiri tahu mereka dahulu ditahan dalam penjara tetapi keluarnya Dr Morsi menjadi Presiden Mesir... Keluarnya DSAI tidak sedikit pun menggugat pengaruhnya malah beliau disenaraikan antara 100 tokoh paling berpengaruh dalam dunia (rujukan: Majalah Times)

Apa yang Cik Mai nak sampaikan, lihatlah perkataan seperti "Penjara" dari sudut perspektif yang lain...
Mari lakukan Anjakan Paradigma....

Maha Suci Allah,
Dia Maha Mengetahui akan segala-galanya...
Kisah Nabi Yusuf dipenjara menjadi sumber kekuatan umat-umat selepasnya....

p/s: entri ni bukan niat nak berunsurkan politik, ok? ni sekadar nak bagi bukti bahawa Penjara Bukan Penamat Pengaruh! Kalau Cik Mai nak berpolitik sangat, dah lama Cik Mai buat entri pasal Adam Adli & Safwan Anang...

Sekian-Cik Mai





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...