BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 13, 2016

Cerpen: Citra & Cinta Yusuf


                Buat kesekian kalinya, aku membelek semula buku ‘Cinta Yusuf’, karangan seorang ahli politik, Dato Husam Musa. Aku memang gemar berbicara isu politik. Tapi buku ini bukan tentang politik, tapi tentang cinta yang membinasakan. Buku ini pemberian Citra. Sebenarnya, aku tahu Citra sayang buku ini. Tapi aku yang beriya-iya sangat nak pinjam. Masih belum dipulangkan. Teringat pula saat aku nak pinjam buku ini dulu.

                “Buku ni bukan pasal politiklah!” tegas Citra.

                “Tak kisahlah pasal politik ke tak. Tapi yang tulis tu ahli politik, kan? Bolehlah... aku nak pinjam...”rayuku.

                “Memanglah...Tapi buku ni tak ada langsung cerita pasal politik weh! Lainlah kalau buku Dr Mujahid Yusuf Rawa ke, Tun M ke... buku ni bedah Kisah Nabi Yusuf dalam Al Quran jelah...”terang Citra lagi.

                “Tak kisahlah! Aku nak pinjam jugak! Pinjam je...”

                “Hmm... yelah... tapi nanti jangan lupa bagi balik...”tegas Citra. Aku sengih lebar.

                “Thanks weh! Nanti aku belanja kau!” janjiku.

                “Tak payah belanja apa-apa. Asalkan kau hadam buku tu. Jangan lupa buat review pulak, k?”
                “Beres!” aku mengankat symbol ‘OK’.  Dan aku Berjaya memegang naskah buku ini mulai hari itu.
                Aneh kan? Cinta itu sesuatu yang sangat indah, sesuatu yang didamba segenap insan, tapi... membinasakan. Itulah tema buku ini. Memang buku ini membedah Surah Yusuf, tapi bukanlah keseluruhan surah, sekadar sejarah Nabi Yusuf AS.

                Aku teringat lagi, semasa menghabiskan bacaan pada bab pertama buku ini, tidak sabar-sabar aku hantar mesej pada Citra melalui Whatsapp. Teruja. Sebab selama ini, cara aku menilai kisah Nabi Yusuf sangat berbeza berbanding ulasan penulis buku ini.

                Aku menganggap kasih sayang Nabi Yaakub AS sebagai kasih sayang yang sangat indah, antara seorang ayah dengan anaknya. Benar. Memang tidak dinafikan. Tapi, menurut penulis, cinta inilah yang membinasakan. Menyebabkan hidup Nabi Yusuf susah. Dicemburui, dibuang ke dalam telaga, dipisahkan daripada keluarga angkara hasad abang-abangnya.

                Itu baru permulaan kisah. Aku jadi terpegun. Cinta itu indah, tapi membinasakan. Memang...

Aku:Citra! Best la buku ni!

Citra: Eh, kau minat ke kisah-kisah cinta ni?

Aku: Alah, novel HAMKA pon aku layan pe? Tapi, buku ni best sebab aku tak pernah terfikir dari perspektif macam Dato Husam ni...

Citra: Kau baca takat mana dah?

Aku: Sampai Nabi Yusuf dianiaya abang-abang dia...

Citra: Hmm... teringat pulak pandangan Dato Husam ni pasal pakaian Nabi Yusuf. Aku rasa kau tak baca lagi kot part tu...

Aku: Belum kot...

Citra: Jap aku snap pasal baju Nabi Yusuf ni. Tapi petikan ni bukan dari buku yang kau tengah baca tu, tapi buku baru Matluthfi. Time ni dia jumpa Dato Husam...jap eh...

Bab: Sehelai Kain
M embaca kertas kerja YB Husam Musa bertajuk Cinta Yusuf, aku belajar tentang baju. Yusuf AS telah menyarung pelbagai jenis baju. Baginda pernah memakai baju biasa sebagai rakyat awam, pernah tidak berbaju ketika dibuang di dalam sumur, pernah berbaju hamba semasa dilelong di pasar, juga pernah menyarung baju bangsawan ketika menjadi menteri. Tetapi baju hanyalah baju, selagi manusia tidak lupa apa fungsinya baju, dia tidak gusar untuk menyalin apa jua jenis baju. 

Baju marhaen, baju elit, baju UMNO, baju PAS, baju Sosialis, baju Syiah merupakan sehelai persalinan yang tidak harus cuak disarung dengan kesedaran bahawa si penyarungnyalah yang bertanggungjawab mengawal cara dandanannya; seperti menutup aurat dan menjaga kebersihan.

Bilamana ada suara-suara sumbang yang tidak senang dengan banyaknya pilihan baju yang kamu ada, mereka cuba menarik-narik baju yang kamu pakai, kerana mereka pikir kamu jahil berbusana, ketahuilah ketaksuban mereka itu akan terserlah sepertimana koyaknya belakang baju Yusuf diganyang Zulaikha sehingga wanita itu tidak mampu lagi menutup rahsia berahinya.

Jika mereka cuba memalsukan baju kamu, dengan liciknya mereka menokok-tambah benda-benda yang selain apa yang sedia ada pada baju itu, dan menuduh benda-benda baharu itu sebagai kepunyaan kamu, ketahuilah Ya'kob AS tidak pernah tertipu dengan darah hewan pada baju Yusuf walau dikempen dan dicanang anak-anaknya yang lain bahwa ia kepunyaan putera ketujuhnya itu.
Jauhari yang pernah mengenal manikam akan terus mengenalinya.
Setelah itupun jika masih ada manusia yang terus mengejek,

"Jangan perasan kamu ini seperti Yusuf,"

Maka jawablah sepertimana Husam menjawab apabila diajukan provokasi yang sama

“Bukanlah saya seperti Yusuf, cukuplah jika tidak seperti abang-abangnya.”
-Momen2 Mathlutfi


Aku: Uish, deep nya!

Citra: Tau takpa!

Aku: Lepas ni nak pinjam buku tu pulak...hehe...boleh kan?

Citra: Mengada. Takder nye aku nak bagi pinjam. Kau habiskan dulu buku Cinta Yusuf tu...

Aku: Eleh, kedekut!

Citra: Eh, aku ambik balik kang buku tu...haaa...

Aku: Okay-okay! Sorry! Ampun!

Citra: Tau cuak...
              
Aku tersenyum membaca semula perbualan Whatsapp dengan Citra tentang buku ini. Aku meneruskan lagi bacaan. Aku sudah khatam buku ini sebelum ini. Tapi aku mengulang baca lagi. Entahlah... buku ini sangat sentimental bagiku.

                “Man? Eh, kau tak move on lagi ke?” tegur Sofyan. Aku tak sedar bila dia balik dari masjid. Segera aku menyorokkan buku di bawah bantal.

                “Takde la... aku belek-belek je buku ni...”

                “Kau tak payah berdalih lah... aku kenal kau... tu handphone kau menyala lagi... kau baca balik Whatsapp dia kan?”

               Aku diam. Sebenarnya, aku bukan tak mahu pulangkan buku ini. Tapi, aku tak sempat. Citra dah pergi, tinggalkan aku. Kalau dia pergi ke mana-mana tempat dalam dunia ini, sudah tentu aku akan cari dia. Aku akan pulangkan buku ini. Aku akan luahkan segala yang terpendam. Malangnya, dia dah pergi... mengadap Ilahi.

                Aku termenung. Selepas pengebumiannya, aku nak serahkan buku ini pada adiknya...

                “Ini buku arwah... aku... tak sempat nak pulangkan sebelum ni...”

                “Kau simpanlah. Arwah dah pesan. Dia bagi terus. Man, akak aku sayang gila buku-buku dia. Walaupun aku adik dia... dia tak pernah bagi aku pinjam buku dia. Kalau dia nak bagi, dia akan beli lain untukku. Man, simpanlah buku tu. Kau, orang yang paling istimewa dalam hidup dia. Cuma dia tak pernah luahkan...”kenyataan itu bagaikan halilintar menyambar tepat ke jantungku!

                Dan sehingga hari ini, aku tak pernah rasa menyesal sepertimana sesalnya aku, menyimpan rasa dalam hati ini padahal Citra juga sama... Cinta yang membinasakan...

                “Man, sudahlah... kita kena teruskan hidup! Citra bukan Zalikha dan kau bukan Yusuf!”kata Sofyan.

                Aku menumbuk mukanya. Aku geram. Hati aku sakit! Dan air mataku akhirnya jatuh dari tubir mata. Ada amarah bercampur hiba dari hatiku.

                “Kau tumbuklah aku berapa banyak kali pun, Man! Tapi aku nak kau sedar, kau tak boleh terus-terusan macam ni! Man... Citra dah tak ada. Tapi dia tinggalkan kau buku ni, Man, bukan untuk kau meratap. Tapi supaya kau jadi macam Yusuf, yang derita jiwanya kerana cinta tapi kerana iman, dia tetap tabah, tetap sabar. Man, sabar seperti Yusuf!” kata Sofwan sambil mencapai buku tersebut dan diangkat, ditunjukkan padaku.

                Aku tunduk. Aku terduduk. Demi Allah, saat itu aku sangat rindu pada Citra yang aku cinta. Demi Allah, saat itu menangis teresak-esak. Tak pernah air mataku selebat ini. Ternyata aku memenjarakan diri dalam kenangan dan perasaan. Dan aku lupakan Dia, Tuhan yang sedang mengujiku. Tuhan yang disembah oleh Yusuf. Tuhanku.

                “Man, kita mesti terus hidup... Kau takkan jumpa Citra sepertimana Yusuf jumpa Zalikha semula di dunia... Tapi, kau akan jumpa dia semula di akhirat sana, Man... ” Sofwan menenangkanku.
                Benar, aku bukan Yusuf dan Citra bukan Zalikha...

                --------   
*last seen 10:45 PM 29/6/2016
Citra, aku dah habis baca buku tu.
Citra, aku dah buat review buku macam kau suruh.
Citra, aku ulang baca balik.
Citra, kan bagus kalau aku Nampak bluetick kau... at least double tick ke sekarang ni...
Citra, aku rindu kau! T_T





               

                

Saturday, July 2, 2016

Filem Pendek Yang 'Deep'

Sambungan entri sebelum ni pasal filem pendek tempatan





Filem Pendek Tempatan Yang Mudah Terhibur

As salam wbt
lama betul Cik Mai tak update blog ni. haha
Kali ni Cik Mai nak share short film atau filem pendek yang sangat menghiburkan. Dan berkualiti. Tak lama lagi mungkin industri filem kita akan setanding dengan filem luar. InsyaAllah. Sebab macam dah ada improvement melalui medium short film ni.

Enjoy!







Wednesday, June 1, 2016

Cerpen: Dua Benua

Dua Benua
Oleh Maisarah Mohamed Pauzi

                Ustaz Iqbal meraup wajahnya. Kena lagi. Semuanya gara-gara artikel baru tulisannya di majalah Islah dan juga blog peribadinya. Memang begitulah ragam masyarakat, tambah-tambah di media sosial. Teringat gurauan hambar Yusuf tentang media sosial.

                “Hang tau pasai apa media sosial ni banyak mudarat?”

                “Pasal apa?”

                “Sebab nama dia sosial, so- sangat... jadi media sosial ni nama pon dah sangat sial... hahaha”

                Ya, memang hambar. Tapi ada juga sisi kebenarannya.

                Dia yakin artikelnya releven. Tapi biasalah, bukan semua pandangan kita akan diterima. Cuma, yang pedihnya apabila kita mula dilabel dengan gelaran-gelaran negative.

Ustaz Liberal!
Wahabi!
Orientalis!
Agen yahudi!

                Orang kita suka pada dakwah, pada ceramah agama, tapi akhlak masih tak seiring dengan minat terhadap ilmu agama. Kenapa akhlak tidak seiring dengan keghairahan mereka?  Adakah akhlak bukan sebahagian daripada agama?

                Dia membaca kembali artikelnya. ‘Menyantuni Liberalis’. Padahal artikelnya sebelum ini tentang menyantuni non-Muslim berlainan amat sambutannya. Adakah masyarakat kita elergik pada liberalis melebihi golongan lain?

                “Itulah hang. Hang kena peka la sikit sensitivity masyarakat...” teringat kata-kata Yusuf.

                “Aku Cuma nak mencerahkan masyarakat kita. Itu saja,”luah Ustaz Iqbal.

                “Lepas ni, lebih baik hang tulis artikel pasal cinta selepas nikah ka, budaya couple ka... Confirm dapat sambutan! Hahaha!”

                Menyampah. Sememangnya hal-hal semacam itu yang akan mencerahkan masyarakat, menjauhi ekstremisme? Argh! Sabar sajalah!

                “Hang tak rasa benda-benda macam tu akan menambahkan kegedikan, tambah-tambah dalam kalangan budak-budak so-called islamist?”

                “Eh, apa pulak. Isu macam ni la yang akan mengurangkan kes zina,”

                “Kes cerai?” Ustaz Iqbal menyerang balas hujah Yusuf.

                “Maksud hang?”

                “Maksud aku, adakah kahwin muda akan mengurangkan kes cerai?”

                “Kahwin muda ka, kahwin tua ka... orang bercerai jugak. Tak ada kena mengena okay...”

                “Tak ada kena-mengena kata kau? Ya allah... Macam inilah,aku setuju, memang bagus kahwin muda, tapi kau kena sedar yang kes cerai muda pon makin hari makin bertambah,”

                “Eh, sekurang-kurangnya kes maksiat zina semua tu berkurang kan?”

                “Jadi, kahwin semata-mata untuk elakkan zina dan maksiat? Bukan sebab ibadah?”

                “Elak zina dan maksiat itu bukan ibadah ke?”

                “Ya allah, itu definisi ibadah kau?”

                “Yelah, amar makruf nahi munkar kan?”

                “Yusuf, kau kena faham konsep perkahwinan dalam islam ni ada elemen mawaddah dan rahmah. Ish, kalau aku membebel ni dah jadi ceramah pulak kat kau. Tapi, aku harap kau hadam dulu elemen mawaddah dan rahmah tu. Yang penting, aku nak bagitau kau, perkahwinan bukan berasaskan nafsu semata-mata,”

                Sebenarnya pertengkaran itu tak berakhir di situ. Ada lagi kisahnya. Tapi cukuplah setakat itu dulu. Kepala Ustaz Iqbal berdenyut-denyut mengenangkan hal tersebut. Islam di Malaysia ini Islam Trend. 

                Telefon bimbit berdering. Cikgu Yasmin.

                “Assalamualaikum, Iqbal. Maaflah cikgu mengganggu waktu-waktu begini,”ucap Cikgu Yasmin.

                “Waalaikumsalam. Eh, tak adalah mengganggu pon, cikgu. Ada apa ye cikgu call saya ni?”

                “Cikgu ingat nak jemput Iqbal datang rumah esok. Ada la cikgu masak-masak sikit. Sofea dah balik Malaysia!” kedengaran suara teruja Cikgu Yasmin. Ustaz Iqbal tersenyum.

                “InsyaAllah esok saya datang. Lagipun esok saya tak ada hal”

                “Alhamdulillah! Datang yer Iqbal. Jangan lupa,” semakin gembira Cikgu Yasmin mendengar janji Ustaz Iqbal itu.

                CIkgu Yasmin...

                Dia sudah seperti ibu bagi Ustaz Iqbal dan juga arwah Insyirah. Kadangkala, ada sebak yang tersimpan apabila terkenangkan zaman remajanya. Mujur Tuhan hadirkan Cikgu Yasmin dalam hidup mereka berdua. Pada siapa lagi mereka hendak menumpang kasih, sudahlah ayah dan ibu pergi meninggalkan mereka sekelip mata.
----
Imbas Kembali

                “Abang, kenapa Allah ambik ayah dan ibu dari kita?”Insyirah teresak-esak.

                Dia tak mampu menjawab. Dalam hatinya juga terbit soalan yang sama. Tapi iman masih ada. Didikan ayah dan ibu masih kuat dipegang.  Insyirah sudah terkulai di sisinya. Siapa yang tak sedih, pabila orang yang paling dicintai dalam dunia ini pergi dijemput Ilahi?

                Cikgu Yasmin menghampiri mereka di tanah perkuburan itu. Talkin sudah tamat. Orang ramai pun sudah beransur pergi. Yang tinggal hanya mereka bertiga.

                “Iqbal, Insyirah... “ panggil Cikgu Yasmin. Dia menatap kedua-dua anak muridnya itu. Ada simpati yang terbuku di hati mengenangkan nasib mereka berdua.

                Iqbal menoleh. Ada air mata yang cuba ditahan-tahan bertakung di tubir mata. Dia lelaki. DIa abang. Dia harus tabah. Dia harus kuat untuk satu-satunya adiknya.

                “Sudahlah sayang. Ikut cikgu balik, ya?” pujuk Cikgu Yasmin.

                “Taknak! Nak ayah dan ibu balik! CIkgu... tolong gali balik kubur ni!” Tangisan Insyirah makin lebat. Dia memberontak dan mula menggali tanah kubur yang masih merah dengan tangannya sekuat mungkin.

                “Adik... jangan macam ni!” Iqbal menarik adiknya ke belakang.

                Insyirah terpempan. Seketika dia tersedar kelakuannya yang melampau. Yang ada hanya tangisan. 
----
                “Amboi jauh termenung kau, Iqbal! Sampai tak dengar aku panggil dari tadi. Haha,” sapa Sofea.

                “Eh, bila masa kau ada kat sini? Haha... takde la termenung pun... teringat masa dulu je,” balas Ustaz Iqbal.

                “Yelah tu... Jom la makan weh! Umi dah hidang spageti tu! Kau kan tekak western kan... mesti suka! Hahaha,” usik Sofea.

                “Eleh. Aku ni bukan macam kau, selalu hadap western food. Maklumlah belajar kat US kan...”

                “Aku ingat kau ni ustaz yang progresif. Rupa-rupanya cliché jugak eh... tak adanya aku makan western hari-hari kat sana. Masak Ayam Penyet ada lah! Haha!” balas Sofea.

                “Kau dah baca artikel aku?”soal Ustaz Iqbal. Belum sempat Sofea nak menjawab, kedengaran suara uminya memanggil dari dapur.

                “Iqbal, Sofea, mari sini makan!” panggil CIkgu Yasmin.

                “Ye Cikgu!” sahut Ustaz Iqbal.

                “Sambung lepas makan lah. Jangan sebut langsung apa-apa pasal liberal ni. Umi tak berapa suka...” pesan Sofea.

                “Hah?” Ustaz Iqbal terkesima seketika.

                “Oh, tenang je. Tak ada kena mengena dengan artikel kau. Umi tak baca lagi rasanya... kalau dia membebel kejap lagi maknanya dia dah baca,”terang Sofea.

                “Amboi, sakannya bersembang. Taknak makan ke?” bebel Cikgu Yasmin pula.

                “Eh, nak makanlah ni, cikgu. Hehehe...”balas Ustaz Iqbal sambil menuju ke meja makan.
----
                 Semasa menceduk kuah spageti ke dalam mangkuk, Sofea perasan tangan Ustaz Iqbal ada kesan luka.

                “Tangan kau ni kenapa?” soal Sofea.

                “Erm... aku tumbuk meja,”

                “Kau mengamuk dekat sapa pulak ni?” soal Cikgu Yasmin pula.

                “Hmmm... ada lah...”

                “Mujur kau tak pukul orang. Haish,” Cikgu Yasmin kesal. Diurut-urut dadanya.

                “Hmm, dah la. Kita tak payah cakap pasal ni ye, Umi? Iqbal, kau tu ustaz,” Sofea mengingatkan.

                “Ye... aku tau...hmm...” keluh Ustaz Iqbal.

                ‘Tapi aku juga manusia. Aku bukan malaikat. Aku ada perasaan’.

                Setelah diabaikan isu tangan Ustaz Iqbal itu, suasana kembali ceria. Macam-macam cerita si Sofea ni. Maklumlah, dah lama tak balik Malaysia. Habis makan, mereka tak beralih lagi tempat duduk dari kerusi makan. Beriya-iya Sofea nak berkongsi gambar-gambarnya sepanjang zaman belajar. Gambarnya di Air Terjun Niagara lah, gambar dia di United Nations, New York dan entah apa lagi tempat-tempat di Amerika Syarikat yang dia dah pergi. Ustaz Iqbal dan Cikgu Yasmin layankan saja.

                “Sakan kau berjalan, Sofea!” komen Ustaz Iqbal.

                “Eh, mestilah! Bukan senang nak ke sana. Alhamdulillah, rezeki kata orang,” sengih Sofea.

                “Mujurlah kau ingat lagi kau tu orang Melayu, orang Islam, Sofea. Kadang-kadang umi risau juga kau di sana,” luah Cikgu Yasmin.

                “Alah, umi ni. Umi tau tak, muslim kat sana lagi kuat pegangan diorang daripada di Malaysia ni. Umi bayangkanlah, diorang berhijrah dari Negara asal ke US, wujudkan komuniti muslim, buka perniagaan makanan halal di sana. Kumpul dana bina masjid dari poket sendiri. Macam kat Malaysia ni kita bertuah, nak bina masjid, nah dana dari kerajaan. Serba serbi senang nak amalkan Islam di sini.” Sofea menyangkal perasaan uminya.

                “Umi bukan apa, umi ni takut kau jadi macam dalam filem Kurbaan, My Name Is Khan tu haa... suami islam, bini Hindu. Hish, pluralisme agama!”

                “Apa laa umi merepek ni. Umi jangan terpengaruh sangat dengan filem Hindustan boleh tak?” Sofea membebel. Ustaz Iqbal hanya ketawa. Aduhai, paranoid betul Cikgu Yasmin ni.

                “Yelah, kalau tak berlaku dalam masyarakat, takkan diorang buat filem kan?” hujah Cikgu Yasmin.

                “Hmm kalau berdebat dengan umi ni, memang umi lah yang menang...Yelah umi, saya faham...”Sofea menggeleng. Terbit ketawa kecil. Diurut-urut bahu uminya, seakan hendak memujuk. Inilah umi. Dia faham, umi sayangkan dia, satu-satunya anak umi. Jadi, dia mengalah saja.

                Sofea memberi isyarat mata. Ustaz Iqbal seakan faham.

                ‘Ni belum lagi kau sebut pasal artikel kau tu, umi dah membebel macam ni’.

                ‘Yelah, aku faham’.
---
                Malam itu, seperti biasa, sesudah Isyak di masjid, Ustaz Iqbal singgah sebentar di gerai berdekatan masjid. Sekadar memesan segelas teh o ais. Balik ke rumah pun bukan ada sesiapa. Dia menyewa rumah seorang diri. Dulu ada juga seorang rakan serumah. Tapi, dah berkahwin jadi dia berpindah. Tinggal Ustaz Iqbal seorang saja sekarang.

                “Assalamualaikum!” sapa seorang wanita.

                “Waalaikumsalam... eh Sofea? Mana cikgu?” oh, Sofea rupanya.

                “Umi tak larat. Aku datang masjid sorang-sorang je,”balas Sofea.

                “Berani pulak kau...”

                “Alah, dah terbiasa. Lagipun, dah lama tak rasa suasana masjid kat Malaysia ni. Salah ke?”

                “Tak adalah salah. Cuma, kau datang sorang-sorang, tak takut ke?”

                “Hmm. Kau ni patriaki jugak eh,”

                “Haha. Kau pun nak label aku jugak. Kau tengok orang kiri kanan dok pandang kita. Lepas ni mesti orang label aku ustaz tak thiqah pulak...” Ustaz Iqbal meneguk teh aisnya. Muka dah tak larat nak melayan segala macam label.

                “Ah, lantaklah. Tempat ni terbuka kot. Ni mesti sebab artikel kau kan?”

                “Memang pon.” Diteguk lagi teh o aisnya. Walaupun sebenarnya Ustaz Iqbal tak selesa bila Sofea duduk semeja dengannya tapi nanti kecil hati pula kalau minta diri terus.

                “Aku dah baca. Kau bukan menyokong liberalisme pon. Kau Cuma tulis pasal idea-idea dan persoalan yang dibawa oleh golongan liberalis macam Sister In Islam. Diorang ada juga sumbangan yang tak boleh dinafikan. Diorang bertindak sebagai penyoal dan orang yang pakar dalam bidang agama ini sepatutnya menghargai kewujudan diorang dan mencerahkan masyarakat dengan hujah yang kukuh, dan ada kalanya apa yang mereka persoalkan memang patut. Macam isu poligami, orang kita tak sedar yang hakikatnya poligami itu rukhsah. Yang menjadi fitnah terhadap syariat ialah pengamalan masyarakat yang tak faham dan ambil agama separuh-separuh. Dan aku rasa diorang bukanlah menolak agama sepenuhnya. Macam isu fatwa negeri Perlis berkaitan hak jagaan anak tak mengambil kira faktor agama. Diorang setuju dengan fatwa tu.” Panjang lebar Sofea mengulas, tanda sokongan kepada artikel Ustaz Iqbal.

                “Amboi, kau ulas macam dah hafal satu persatu artikel aku. Haha...” Ustaz Iqbal sekadar meraikan ulasan Sofea sebagai pembaca.

                “Iyalah, orang kita cepat betul melenting. Lagipun, kau ada tulis juga hujah-hujah liberalist yang sememangnya kau tak setuju macam isu tudung, aurat. Bagi aku, kau sekadar menyarankan budaya dialog atau debat yang harmoni dalam menghadapi golongan liberalist. Bukannya kau sokong diorang pon,” tambah Sofea lagi.

                “Kan bagus kalau orang yang membaca artikel aku macam kau. Yelah, diorang cakap yang dialog-debat ni tak bawa ke mana, tak ada hasil. Aku fikir, kalau orang yang mendengar dengan hati yang terbuka, dah tentu diorang boleh tapis idea dan ambil hujah yang releven bagi diorang.Bukan kita nak cari siapa menang atau kalah, atau nak paksa pegangan kita pada orang lain. Hah, pasal isu fatwa hak jagaan anak tu, aku teringat pula kes JAIS serbu wedding pasangan Hindu dulu,” komen Ustaz Iqbal.

                “Hmm... yang tu aku ada follow jugak. Ayah pengantin perempuan ke yang masuk Islam tu?”

                “Ha ah. Ayah dia tukar status dan nama dia kepada Islam. Tapi, ayah dia tak jaga dia pon. Dan dia tak pernah amalkan agama Islam seumur hidup dia. Dia dah cuba tukar status agama di kad pengenalan tujuh tahun sebelum perkahwinan dia tapi tak boleh. Selebihnya, aku dah tak ingat apa cerita kes tu...”

                “Hmm... berat betul kes ni. Pendapat kau?”

                “Aku tak tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kes ni. Jadi, aku taknak ulas. Cuma aku teringat saja pasal kes ni bila kau sebut pasal fatwa negeri Perlis tu, pasal hak jagaan anak dan agama anak. Itu saja, mungkin kisah sebenar di sebalik kes ni boleh diselesaikan dari mula-mula ayah pengantin perempuan tu memeluk Islam kalau fatwa ni dah wujud masa tu.” Ustaz Iqbal dah membelek jam tangan. ‘Hmm, dia ni nak sembang lagi ke?’

                “Aku sebenarnya ada benda nak share kat kau ni. Nah,ada 2 jurnal pasal Hak Asasi Manusia.” Sofea menghulurkan jurnal-jurnal tersebut kepada Ustaz Iqbal  yang dicapai dari dalam beg tangannya.

                “Kau ni liberal ke? Haha,”

                “Amboi kau pun nak label aku jugak?”

                “Takdelah, gurau je,”

                “Ustaz tak thiqah! Haha,”

                “Hek eleh...” Ustaz Iqbal tak ambil pusing gurauan Sofea itu. Dia membaca sekilas tajuk-tajuk jurnal itu.

                “Erm... satu lagi. Okay, first of all, aku tau kau sensitif dengan isu ini. Tapi, percayalah ini mungkin akan jadi jawapan untuk soalan dalam hidup kau selama ini...” Sofea menghulurkan satu lagi bahan bercetak, sebuah artikel.

                Riak muka Ustaz Iqbal sedikit berubah. Tapi dia sambut juga pemberian Sofea itu.

                “Terima kasih...” ucap Ustaz Iqbal. Ada rasa yang bercampur baur dalam hatinya.

                “Aku balik dulu, ya? Assalamualaikum,” Sofea meminta diri.

----
                Sekarang, ada 3 bahan yang Ustaz Iqbal perlu baca. Ya Allah, mujurlah esok hari Ahad. Boleh bersengkang mata nak baca bahan-bahan tersebut. Haish, minah ni. Tak apalah, ini semua pun ilmu juga.  Tapi, ada apa sebenarnya dengan Sofea? Beriya-iya sangat dengan liberalisme.

                Hmm, menarik juga tajuk jurnal-jurnal ini.

                Pengatar Hak Asasi Manusia Moden & Hujah Sangkalan Ia Bertentangan Dengan Islam.

                Hak Asasi Manusia dalam Pepatah Minang Terpilih

                Ustaz Iqbal lebih tertarik dengan jurnal pertama, memandangkan dia sendiri berpandangan yang Hak Asasi Manusia ini sering diperjuangkan oleh golongan liberal, dan seakan-akan sudah menjadi rukun dalam diri mereka untuk berbicara soal Hak Asasi Manusia. Seperti agama baru mungkin?
                ‘Bismillah. Dengan nama Allah, aku membaca’ ucap hatinya. Sambil membaca, dia mencatat nota ringkas dalam buku notanya.

                Human Right is the rights one has because one is human. The idea of human rights ultimately is about improving the lives of real, ordinary human being.

                Gagasan Hak Asasi Manusia yang moden yang diperjuangkan sebagai piawaian moral di Barat adalah hasil ‘persenyawaan’ pelbagai konsep keagamaan dan penerokaan terhadap falsafah tradisional.

                Perkembangan Hak Asasi Manusia di Barat tercetus daripada beberapa peristiwa seperti :
·         -Magna Carta 1215
·         -Konsep Natural Law
·         -Revolusi Perancis
·         -Deklarasi Kemerdekaan & Perlembagaan Amerika Syarikat
·         -Industriialisasi & bantahan terhadap eksploitasi Buruh
·         -Penubuhan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
·         Universal Declaration of Human Right 1948 (UDHR 1948)

Rukun UDHR 1948
-dignity
-liberty
-equality
-brotherhood

Generasi Hak Asasi Manusia

Pertama: Individual Liberties
-hak mengundi
-kebebasan beragama
-kebebasan bersuara
-Hak untuk dibicarakan dengan adil di mahkamah

Kedua: Layanan Setara

Ketiga: Tidak rasmi

                        Rukun-rukun Hak Asasi Manusia Moden telah meminjam dari banyak agama dan tradisi lampau. Misalnya,
-Pertahanan ekosistem (Hindu & Buddha)
-Pendidikan menyeluruh dan meluas (Confucianism)
-Natural Laws (Greek & Roman)
-Persaudaraan dan Kasih Sayang (Kristian & Islam)

Bukti-bukti dalam sejarah Islam  yang meraikan Hak Asasi Manusia
1.      Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
a.      “Manusia itu hanya 2 macam, pertama, saudaramu seagama, kedua, saudaramu sesama manusia”
b.      Menyarankan menyatakan sikap di hadapan penindas & menawarkan bantuan kepada yang tertindas
2.       Era kerajaan Moghul (India)
a.      Enakmen kebebasan beribadat
b.      Penukaran agama anak-anak akibat perceraian adalah dilarang. Kanak-kanak dibenarkan memilih.
3.       Era Tanzimat (Turki Uthmaniyyah)
a.      Kemerdekaan beragama
b.      Larangan penyeksaan dan kekejaman
c.       Larangan kerja tidak berbayar
d.      Kuasa Sultan dihadkan(penubuhan parlimen rakyat)
e.       Pencegahan perhambaan

Sumber Hak Asasi Manusia dalam Islam
1.       Piagam Madinah
2.       Khutbah Terakhir Nabi SAW
3.       Maqasid Syariah

Nilai-nilai hak asasi manusia dalam Islam

  • 1.       Hak untuk hidup
  • 2.       Persamaan darjat
  • 3.       Perlindungan harta
4.       Kebebasan Beragama
Sumber: Pengatar Hak Asasi Manusia Moden & Hujah Sangkalan Ia Bertentangan dengan Islam oleh Dr Mohd Faisal Musa, UKM

Hmmm... Ustaz Iqbal meneguk kopi yang sudah suam. Selesai membaca jurnal pertama. Ada sedikit pencerahan terhadap persepsinya sebelum ini. Bila difikirkan semula, Barat sendiri bukanlah pengamal Hak Asasi Manusia yang unggul. Misalnya, penjara Guantanamo Bay sampai hari ini masih belum ditutup. Pencabulan hak terhadap umat Islam pun masih berlaku. Bukanlah bererti penganut agama lain tidak ditindas, akan tetapi umat Islam yang paling ketara.

Baginya, cukup sekadar pencerahan ini. Dia bukan pakar dalam bidang ini. Dia hanya seorang ustaz. Cuma, selepas ini dia takkan membantai apa-apa idealisme secara semborono dalam artikel mahupun ceramah. Ada juga hujah yang kurang selesa baginya, apabila berkait dengan kebebasan. Baginya, setiap perkara dalam dunia punya had. Bukan daya kita untuk melampaui batas.

Hmm, nak diteruskan pula bacaan untuk jurnal kedua. Hmm, pendahuluan saja dah ada perbandingan antara UDHR 1948 dengan Cairo Declaration on Human Rights in Islam & ASEAN Human Right Declaration 2012. Berbanding UDHR 1948, penulis menyatakan Cairo Declaration tidak cukup sejagat kerana dikaitkan dengan cultural relativism.

Hmm... bacaan diteruskan lagi. Penulis turut memperkenalkan keistimewaan budaya Minang yang merupakan etnik minoriti dalam suku besar Melayu.  Adat Minang bertunjangkan agama Islam. Menarik. Dapat juga ilmu baru.

Ustaz Iqbal mencatat lagi nota ringkas dalam bukunya.

Antara pepatah Minang yang terpilih dalam jurnal ini:

  • 1.       Hati Gajah samo dilapah, hati tungau samo dicacah
  • 2.       ‘Hutan jauah baulangi, hutan dakek bakundano’
  • 3.       ‘Asalai jio-jio patuang, asalai anggok-anggok ikan, nan tidak dicari juo’
  • 4.       ‘dibilang kato nan ampek, partamo kato pusako. Sanong hati santoso tampek, di sinan ado raso mardeko’
  • 5.       ‘nan buto pahambuie lasuang, nan pakak pamasang badie, nan lumpuah paunyi rumah, nan patah pangajuik ayam, nan bingung kadisuruah-suruah, nan cadiak bao baiyo, nan kayo bakeh batinggang’
  • 6.       ‘gadang jangan malendo, panjang jangan malindih’
  • 7.       ‘nan landai batitih, nan candoang baraieh, nan lamah baindiek’
  • 8.       ‘bajalan bagageh-gageh, kacondongan mato rang banyak’
  • 9.       ‘di mato tidak dipiciangkan, di paruik tidak dikampiahkan, di dado tidak dibusuangkan’
  • 10.   ‘diindang ditapi tareh, dipilieh atah ciek-ciek, mahawai sahabih raso, mangauak sahabih gaung’
  • 11.   ‘dibilang kato nan ampek, partamo kato pusako. Sanong hati santoso tampek, di sinan ado raso mardeko’
*maksud rujuk semula jurnal.

Tiga tunjang Hak Asasi Manusia terdapat dalam pepatah Minang yang terpilih ini:

  • 1.       Kebebasan
  • 2.       Kesetaraan
3.       Pemeliharaan maruah dan harga diri manusia
*sumber: Hak Asasi Manusia dalam Pepatah Minang Yang Terpilih oleh Dr Mohd Faizal Musa, UKM.

Mata Ustaz Iqbal sudah tak dapat menahan kantuk. Hmm, kopi yang sudah habis diminum ternyata tidak berkesan pada mala mini. Kepalanya berat. Tapi dia rasa puas. Semoga ilmu ini akan membantunya pada masa akan datang.
Nampaknya tak sempat nak baca artikel lagi satu...
---
                Pagi-pagi lagi Sofea dah telefon. Dia ni tak jet lag ke baru sampai Malaysia? Entah kenapalah dia semangat sangat. Ustaz Iqbal akur saja dengan kehendak Sofea. Lagipun, Sofea dah macam adik sendiri. Kalaulah arwah Insyirah masih ada, dah tentu Insyirah dah genggam ijazah macam Sofea.

                “Amboi, aku tak sampai kau dah jamah makanan. Huhu, lapar sangat ke?” sapa Sofea mematikan lamunan Ustaz Iqbal.

               “Amboi, salam tak bagi. Terus terjah aku. Ish-ish...” keluh Ustaz Iqbal. Terkejut sedikit.

                “Macam mana dengan jurnal-jurnal semalam? Artikel tu?”

                “Sempat habis dua jurnal tu je. Artikel hmm... aku dah mengantuk sangat semalam. Aku sebenarnya musykil dengan kau nih. Kenapa beriya sangat dengan semua nih?”soal Ustaz Iqbal.

                “Hmm... sebenarnya aku nak sambung postgrad. Jadi, semua yang aku bagi kat kau semalam tu antara rujukan untuk kajian aku nanti,”

                “Oh, kau nak sambung belajar lagi? Kat mana?”

                “Err, USM...”

                “Kenapa tak di UM saja? Kau tak kesian dengan umi kau tinggal sorang-sorang?”

                “Hmm... masalahnya umi takkan setuju kalau dia tau aku berminat dengan bidang ni...”

                “Tapi kenapa kau nak buat research ni?” yaaa, soalan cepu emas.

                “Hmm... ada lah...”

                “Kau bila nak kahwin?” eh tukar topik pula?

                “Alah, kau ni macam umi aku lah! Kau tu bujang juga, sibuk je nak tanya aku...”

                “Aku... lain...” Ustaz Iqbal terdiam.

                “Dah tak ada jodoh. Apa aku boleh buat...”

                “Eh, kau ada boyfriend? Ooo dalam diam ubi berisi!”

                “Bertepuk sebelah tangan je...”

                “Dia ada makwe dah ke?”

                “Tak. Dia gay!”

                Hampir tersembur air jus oren yang diteguk oleh Ustaz Iqbal.

                “Aku tau kau ustaz. Tapi, sebagai manusia, bagi kau... patut ke orang macam dia dihina?”

                “Aku tak rasa aku hina dia... Cuma aku terkejut... unexpected,”

                “Aku kenal dia masa zaman asrama lagi. Dia memang selalu kena buli. Aku kawan baik dengan dia sampai la sekarang. Dan, aku baru tahu dia gay bila aku confess perasaan aku kat dia. Selama ni, aku tak sangka yang dia... dah kena buang dari family lepas SPM. Kau tau tak, orang kampung pukul dia separuh mati!”

                “Kenapa... sampai macam tu sekali?”

                “Sebab orang kampong jumpa dia ber dating dengan abang angkat di tepi sungai. Lepas dah kena belasah separuh mati, diorang bawa dia dengan keadaan macam itu, tunjuk depan ayah dia. Apa lagi, tak mengaku anaklah... ayah dia mengamuk halau dia dari kampung. Kemudian dia pindah KL, kerja situ. Sampai dapat tawaran sama-sama dengan aku. Sekarang dia stay US. Dia takkan balik Malaysia. Aku sayang dia. Dari dulu lagi. Tapi, apa aku boleh buat, perasaan tak boleh dipaksa...”luah Sofea. Wajahnya mendung.

                “Iqbal, tak ada tempat ke untuk orang macam dia dalam agama?” soal Sofea. Emosi.

                “Bagi aku, dia sedang diuji Tuhan...”

                “Tak layakkah orang macam dia untuk hidup dalam kasih sayang keluarga?”

                “Sofea, kasih dan sayang itu sifatnya tidak bersyarat... Sudahlah, Sofea. Move on...” pujuk Ustaz Iqbal.

                “Sebab itu aku nak buat research ni...”

                “Pasal LGBT?” Ustaz Iqbal menelan liurnya.

                “Ya. Aku yakin nanti Malaysia akan iktiraf mereka juga,”

                “Hmm... Sofea... Sebelum kau bercita-cita macam itu, cuba kau fikir. LGBT ni ibarat slippery slope...”

                “Kau tak setuju dengan aku? Tapi kau cakap kasih dan sayang itu sifatnya tidak bersyarat!” bentak Sofea.

                “Sofea, tenang dulu... bagi aku habiskan ayat aku dulu... memang, kasih dan sayang itu tidak bersyarat, supaya kita semua akan layan sesama manusia sebagai manusia. Bukan objek, bukan binatang.  Tapi, untuk memberi hak hubungan diorang, itu bahaya, Sofea,”

                “Apa bahayanya?!”

                “Aku yakin semua Negara dalam dunia ni, termasuk Barat takkan biar pedhophile bebas mencabul kanak-kanak. Kau bayangkan golongan pedhophile ni minta hak yang sama macam LGBT?”

                “Iqbal, apa bezanya orang straight yang menindas orang perempuan? Macam arwah adik kau?” Iqbal tak boleh tahan. Amarahnya mula timbul.

                “Kau jangan buat aku arghh!” Iqbal menumbuk meja makan itu. Sofea tergamam. Kemudian dia beranikan diri...

                “Iqbal, aku tak perjuangkan jenayah! Aku perjuangkan kemanusiaan! Mereka berhubungan kerana cinta yang tak bersyarat seperti kata kau. Mereka berhubungan atas kerelaan sesama mereka. Kalau mereka mencabul hak orang lain sepertimana orang yang menganiaya adik kau, mereka tetap penjenayah!  Kau masih tak faham, Iqbal!” hujah Sofea.

                “Sudahlah Sofea!” Iqbal menutup telinganya. Ditahan amarahnya sekuat-kuat hati. Ya Allah, ujian apakah ini?

                Ya Allah...
                Ya Allah...
                Ya Allah...
                Iqbal menitiskan air mata. Hatinya sakit. Perit sangat!

                Sofea terus meninggalkan Iqbal. Bersama bentak yang masih bersisa. Dia kecewa, kerana sangkanya Ustaz Iqbal akan menyokongnya. Tapi ternyata... Ustaz Iqbal, tetap seorang Islamist.

                Tangannya yang luka tempoh hari, luka lagi hari ini...

IMBAS KEMBALI

                Pertengkaran dengan Yusuf tak berakhir di situ saja.

                “Hang nak baik dengan liberalist, go on lah. Tapi, hang kena ingat, bukan semua benda depa betul,”

                “Eh, kau cakap macam tak baca lagi artikel aku sampai habis,”

                “Aku dah baca. Dan aku setuju, pasal isu aurat dan tudung tu. Well, bagi aku, semua benda Allah buat ada hikmahnya. Macam aurat ni, kalau terdedah sana sini, memanglah kena rogol!”

                “Kau cakap apa?!” soal Ustaz Iqbal. Dia tak boleh terima... demi Allah, dia tak boleh terima hujah itu!

                “Aku cakap perempuan tak tutup aurat memang minta kena rogol lah!” selamba Yusuf menjawab.

                “Hei! Kau dengar sini! Bagi aku dalil Allah suruh hukum orang tak tutup aurat ni dengan jenayah? Kau sebut lagi macam ni... muka kau aku pecahkan!” bentak Ustaz Iqbal.

                “Oh, baran rupanya hang ni. Macam ni ka ustaz hah?”

                “Hei!” Ustaz Iqbal tahan amarahnya. Tapi tak mampu, dia tumbuk meja depan Yusuf.

                “Dah kau keluar sekarang!” halau Ustaz Iqbal.

                Air matanya tumpah. Ya Allah, adikku itu wanita solehah. Ya Allah, apa salah adikku? Ya Allah, adikku itu patuh syariatMu! Auratnya terjaga, Ya Allah... kenapa... kenapa... kenapa mesti adikku juga menjadi mangsa manusia syaitan itu?

                Ya Allah...
                Ya Allah...
                Ya Allah...
                Salah aku kah Ya Allah?

                Ustaz Iqbal terduduk. Tangisannya lebat. Kesal di hatinya tak pernah surut. Dalam dunia ini, ayah dan ibu sudah tiada, adiknya pula dirogol lalu dibunuh dengan kejam. Hanya kerana iman, dia masih betah untuk teruskan hidup.
---
                Malam. Ustaz Iqbal duduk seorang diri dalam bilik bacaannya. Dia tidak ke masjid kali ini. Hatinya berkecamuk.  Dia rindukan Insyirah. Kalau dia mampu kuat untuk kehilangan ibu dan ayah, tapi tidak untuk Insyirah. Insyirah pergi dengan tragis.

                Dalam keheningan itu, dia cuba untuk memujuk diri. Betapa lemahnya dia, untuk melindungi adik perempuan seorang pun tak mampu.

                Kalaulah dulu, dia cepat sikit mengambil adiknya di kampus, walaupun seminit, tentu adiknya akan selamat. Takkan diculik. Takkan dirogol. Takkan dibunuh.

                Dah 3 tahun adiknya pergi, meninggalkan dia seorang diri dalam dunia ini. Meninggalkan bekas di hati. Demi Allah, siapakah dalam dunia ini dapat menerima kejahatan manusia syaitan seperti itu? Siapa?

                Dia bangun. Sesal ini takkan pernah hilang. Entah bagaimana, dia terpandang satu artikel pemberian Sofea. Dia cuba melapangkan dada. Hatinya beristigfar.
----
On rape, rape myths and insulting women
By Syed Farid Alatas
MARCH 19 — One of the greatest insults to women is to say that rape is a result of their being “provocatively” or “sexily” dressed. In this way, the heinous and deplorable crime of rape is blamed on the victim. In Malaysia, such views are trafficked not just by ignorant lay people but also some Muslim religious leaders who have been known to make incredible claims about the relationship between rape and a woman’s attire.

For example, it was recently reported that a Friday sermon distributed to mosques by the Federal Territories Islamic Department (Jawi), blamed social ills on the failure of women to conceal their intimate body parts (aurat). Such women were likened to uncovered dishes which attracted flies and became unappetizing to those who were fond of those dishes. It was also suggested that women’s failure to cover their aurat would lead to the committing of vices.

This perspective reminds me of certain rape myths that illustrate how simplistic views about the relationship between a woman’s attire and sexual crimes committed against her demean and insult women. It also highlights the point that religious leaders, who claim to be ‘ulama’ (Arabic for people of learning) ought to be learned in fields like sociology and psychology before daring to comment on vice and sexual crimes against women. This is so they make accurate statements about the issue and also refrain from making remarks that are insulting to women.

The Southern Arizona Center Against Sexual Assault discusses a number of rape myths. One myth is that most rapes are committed by “weirdo’s” and strangers when in fact they are committed by people who are known to and trusted by the victim. It is also assumed that when a man is sexually aroused he has to have sex. This is not only untrue, but also deflects attention from the fact that rape is not about the need to have sex but rather to control and exert power over another. Another myth is that most rape victims are sexually promiscuous women. The data shows, however, that most sexual violence against women has little to do with sex and everything to do with power and control. It has nothing to do with whether women are promiscuous or chaste.

Perhaps the most damaging myth is that women who dress scantily, provocatively or sexily, are only inviting sexual violence against them and are more likely to be raped. Again, the data suggests that the way a women dresses has little to do with her being a victim of rape. The realty is that women who are conservatively dressed get raped. Women who are “ugly” and less good-looking by the standards of society also get raped. Rape is not a crime of desire. Motivated by power and control, rapists rely on forced sexual acts as a means of gaining power rather than sexual relief.

According to one theory of rape, the objective of the rapist is to debase, hurt and humiliate the victim verbally and physically. According to another theory, rape is a means for the perpetrator to compensate for their sense of inferiority and inadequacy. The forced sexual act gives the rapist a sense of dominance and mastery and helps him to develop a feeling of competency.

In fact, it can even be claimed that provocative dressing may actually save a women from sexual assault. To the extent that sexual violence is about power and control, the perpetrator of sexual violence targets victims that he feels he can dominate. A woman who is provocatively dressed may send a message that she is full of self-confidence and assertiveness. Such a woman is not the typical target of the rapist. Of course, I am not suggesting that women dress provocatively or sexily. It is not my place to advise women how to dress. What is important to stress is that the facts suggest that it is not how women dress that account for their falling victims to sexual crimes. Studies of rape victims in many countries prove this point.

To simply blame rape and other sexual crimes on the victims, our mothers, sisters and wives, on the way they dress or carry themselves in public is insulting, unjust and false. It is insulting because it makes them out to be lewd, promiscuous and irreligious women. It is unjust because it tends to dilute, however slightly, the attribution of pathological and criminal features to the perpetrator of sexual crimes. It is false because it is neither based on logic nor on the facts produced by research.

The religious leaders and so-called scholars ought not to make statements that concern the traumatic and life-scarring experiences of women unless they equip themselves with the knowledge that comes from domain expertise. We would all agree that someone who has not studied psychology has no business advising people how to deal with mental illness. We would be very uncomfortable entrusting our wealth to fund managers who have no training or practical experience in managing funds. Similarly, it would be irresponsible of a religious leader to address the issue of sexual crimes unless he has studied the sociological and psychological literature on the topic. Failure to do so results in their making simplistic and erroneous statements about sexual crimes and their victims that even junior undergraduate students know how to avoid because they have been exposed to the right knowledge.

Religious leaders are in positions of responsibility. They must be mindful of that responsibility and avoid misleading people with distortions. This requires a sense of humility, the recognition that one does not know everything and is not qualified to speak on every topic, but should rather rely on the real experts.

* Syed Farid Alatas is Associate Professor of Sociology at the National University of Singapore.

---
                Kuliah dhuha sudah berakhir. Ustaz Iqbal mula bangkit dari kerusi tempat dia memberi ceramah. Ada seorang anak muda menghampirinya.

                “Ustaz... saya nak tanya soalan boleh?”

                “Silakan,”

                “Apa hikmah Allah perintahkan....bla...bla...bla...”

                Hikmah? Ustaz Iqbal meraup wajahnya. Apa lagi dengan hikmah?

                “Maaf. Ustaz tak berapa jelas dengan soalan kamu. Tapi, bagi ustaz kalau tak ada dalil hikmah dalam Al-Quran, ustaz taknak memandai-mandai bagi hujah. Ulang balik soalan kamu boleh?”

                “Apa hikmah puasa?”

                “Oh... itu ada Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183, supaya kita jadi orang bertaqwa...”

                “Ooo..”

                Mentari dhuha menyinar terang pagi ini.

                Sofea dengan pilihannya.

                Ustaz Iqbal dengan pegangannya.

                Dua benua.

Tapi mereka masih lagi bersaudara. Walaupun mereka tak tahu sebenarnya, Cikgu Yasmin ialah isteri kedua ayah mereka. Malah, Cikgu Yasmin pernah menyusukan Ustaz Iqbal dulu. Mereka tak tahu. Sampai sekarang.

Cikgu Yasmin terkenang semula detik-detik pemergian suami dan madunya. Malam itu, Iqbal dan Insyirah dihantar ke kelas mengaji. Begitu juga dengan Sofea. Ketiga-tiga anak kecil itu tak terlibat langsung.

Arwah suaminya  mempertemukannya dengan madunya.

Dalam diam, siapa sangka lelaki seperti suaminya sudah berkahwin sebelum berkahwin dengannya. Sebagai wanita biasa, yang punya rasa cemburu, rasa dikhianati apabila dimadukan, mereka berdua tak dapat menerima hakikat ini. Sepuluh tahun baru suaminya hendak berterus terang, bukan sekejap! Siapa sangka hubungan yang erat antara mereka semua akan retak pada malam itu.

Madunya menangis. Terus meninggalkan meja makan. Suaminya mengejar. Lalu... kedua-duanya menemui ajal akibat kemalangan. Ketiga-tiga anak kecil itu kini menjadi tanggungjawabnya. Walaupun ada rasa yang dicucuk-cucuk oleh syaitan supaya membalas dendam terhadap kedua-dua anak tirinya, Cikgu Yasmin terus melawan nafsu dan kekecewaan itu. Baginya, apalah dosa mereka yang tak mengerti langsung apa-apa yang berlaku sebenarnya.

Pernah dulu Iqbal meminta... untuk memanggilnya ‘umi’. Seperti Sofea. Tapi Cikgu Yasmin sekadar tersenyum segaris.

“Iqbal, cikgu tak sama dengan ibu kamu. Cikgu sayang kamu macam anak sendiri. Tapi, biarlah gelar ibu, mak, umi dan setaraf itu hanya layak untuk ibu kandung kamu, ya?” Cikgu Yasmin mengusap rambut anak tirinya itu.

Hakikatnya, Cikgu Yasmin tak mahu Iqbal menganggapnya sebagai ibu, kerana dia ibu tiri. Dia ibu tiri, yang berperang dengan perasaan sendiri dan kemanusiaan. Dia simpan rahsia ini kerana tak mahu mengenang kembali. Sakit.

Iqbal dan Sofea bukan sekadar Dua Benua, tapi dipisahkan oleh lautan rahsia sejarah silam yang hanya Tuhan dan Cikgu Yasmin saja yang tahu.

Dua Benua.

Tuesday, January 26, 2016

Aku, Drama & Filem Korea (2)

As salam wbt.
Memandangkan Cik Mai tengah cuti sem ni...hehehe... nak share sikitlah drama dan filem korea yang baru. Yang memang ikut selera Cik Mai.

Bagi Cik Mai, memanglah watak hero dan heroin yang hensem tu merupakan tarikan utama gadis-gadis remaja melayan drama/ filem korea, Tapi, bagi Cik Mai, jalan cerita yang kreatif dan ada unsur ilmiah lebih menarik.

Contohnya filem 'The Attorney'.
Hero dia tak hensem pon. Malah kalau ada yang memang minat korea sekadar pada rupa mesti tak nak layan filem ni.

Kisah pasal seorang peguam yang asalnya bukan peguam yang naik turun mahkamah tu. Dia peguam bab2 harta, cukai macam tu la. Tapi segalanya berubah bila kenalan rapat dia, seorang auntie pemilik restoran feveret dia minta tolong. Kenapa? Haaa... pasal anak auntie tu kena tahan sebab baca puisi yang 'mengancam keselamatan negara'. Macam ISA kat Malaysia lah. Filem ni berdasarkan kisah benar sekitar tahun 80-an. Series, Cik Mai rasa filem ni sangat berani! Korea memang tak kisah ke rakyat dia buat filem yang menunjukkan sisi gelap negara? Kadang-kadang bila teringat filem ni, Cik Mai rasa macam lebih kurang je dengan isu mahasiswa bangkit sekitar tahun 70-an di Malaysia.

Okay, sekarang kita cerita pasal drama pulak.
Apa jadi kalau Seoul dilanda gempa bumi yang dahsyat?
Haaa, Cik Mai tengok drama ni dah macam tengok filem 2012. Ada effect CGI plak tu. perghh. mesti mahal kan nak buat filem ni?

Tajuk dia, D-Day.
Filem ni lebih tertumpu kepada kegigihan dan cabaran dokter yang kena handle situasi darurat macam ni. Cik Mai pon tertanya-tanya jugak la... macam mana diorang boleh ada idea nak buat drama macam ni eh? Selain kos yang mungkin tinggi (entahlah, mana Cik Mai tau background drama ni), mesti kajian yang teliti jugak kena buat.

Akhir sekali, enjoy la drama dan filem berkualiti tinggi ni.

Alah, memang la tak dinafikan drama korea ada je part2 cliche. Hero orang kaya waris syarikat multinasional ala2 filem Melayu. Haha. Tapi ni yang Cik Mai share yang memang daebakk lah! hehe.

Okay, dah. Enjoy!

Sekian-Cik Mai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...